26.12.10

AnDa BeLuM mAtAnG sEkIrAnYa.......

  • MENHABISKAN nilai kad telefon pra-bayar utk berbual dgn kekasih sedangkn wang membelinya daripada kiriman ibubapa anda.
  • RELA menunggu berjam-jam, dlm hujan pula, utk melihat gadis/bujang yg dicintai melintas jln sedtgkan anda solat scr ekspres [kurang 2 min 4 rakaat] atau tidak solat langsung.
  • MEMARAHI bahkan sanggup menampar adik sendiri yg tersilap cakap sebaliknya mampu tersenyum sekalipun di maki hamun atau di hina oleh si dia yg anda minati.
  • SANGGUP menbaca novel beratus ratus muka surat dlm masa tenpoh sehari, padahal tidak pernah membaca al-quran satu muka surat pun setahun.
  • ASYIK terkenang wajah kekasih yg baru seminit berpisah dengannya ttp tidak terkenang pun wajah ibubapa yg berbulan-bulan tidak di temui.
  • SUSAH hati jika tidak menerima surat,e-mail atau sms drpd org yg cintai sebaliknya anda tahu bhw anda sendiri sudah lama tidak mengirim berita, menalifon atau sms kpd ibubapa anda di kpg.
  • MEMAKAI pakaian yg sehabis cantik utk dating dgn
    kekasih sebaliknya hanya memakai baju lusuh ketika solat.
  • LEBIH byk mengucapkan kalimah "I LOVE U" berbanding kalimah zikir spt subhanallah,alhamdulillah dan Allah hu akbar.
Renung-renungkanlah ye....

24.12.10

JILBAB : TUNTUTAN ATAU FESYEN ?

  1. SALAM...terlebih dahulu ma mohon ampun andai ada yang terasa lak nanti. bukan pa untuk mengingati diri sendiri itu yang lebih baik tau sebelum nak cakap2 owg lain...
  2. pompuan sekarang anggap tudung itu adalah fesyen bukannya berniat utk menutup aurat. ramainye yang mengikut fesyen semasa,tak salah....tp biar kena dgn tempat dan caranya.pendek cerita jika hari nak pakai,pakailah.jika nak kelihatan lebih vogue gitu-gitu,hilanglah.ada ke patut!TAK MALU YERK...[hak masing-masing ye].
Ramai yang bikin gitu yerk sekarang.kesiannye owg2 melayu kita ye.kalau budak-budak br belajar, lain lah...ni emak-emak budak.ma ada TIP utk memotivasikan diri  untuk anda berfikir kenapa kita jgn ambil mudah utk hal ni ...
  • *ingat bertudung adalah tuntutan agama
  • *sebelum melangkah keluar rumah,tanya pada cermin"adakah hari ni aku berpakaian menutup aurat"?
  • *pakaian utk umum dan suami berbeza pd tempat dan ketika
  • *tanamkan selalu sifat MALU w/pun nak ke anjung rumah sekalipun
  • *ingatlah bahawa tubuh kita adalah HAK EKSKLUSIF utk tontonan umum, hatta suami pun perlu membayar mahar utk MEMILIKINYA.
Jadi...sematkan dan tanamkan niat dlm hati kenapa hari ni kita mengenakan tudung?bukan hanya utk fesyen atau mengubah fesyen spt menukar baju semata.jadikan azam utk melangkah ke tahun hadapan.bak kata2 mama,"BIAR JIWA BRUTAL, TAPI HATI BIAR TAMAN".amin...

23.12.10

DATANG DAN PERGI....

  • SALAM sepetang...beberapa hari lagi kita akan melangkah ke 2011. dikenang kembali pelbagai perkara pahit dan manis, pahitnya di awal Januari 2010 ma keguguran dan manisnya ma dapat menulis dalam blog mama ni sehingga ma kekeringan idea, baru sekarang ma mencoretkan sesuatu.
  • Disember ma gembira dapat membuat mini reunion dalam facebook dengan kengkawan sekolah dulu.walaupun hanya menengok pic aje...kadang kala tersenyum kambing sorang2 depan laptop mengenangkan zaman nakal dulu.NAUGHTY....betul.
  • Selesai sudah ma menguruskan kelengkapan persekolahan Aim. my son yang naughty...ma baru sorang,bayangkan ibubapa yang menanggung 2-3 orang anak yang bersekolah,bocor gak poket ye...yang penting doakan agar anak2 kita panjang akal.
  • Banyak perkara yang ma rencanakan melangkah ke 2011. antaranya memantapkan ibadat seharian,nak ganti puasa cepat2, tak sewenangnye mendedahkan aurat dan banyakkan membaca buku2 ilmiah mcm tahun ni.dalam kamus hidup ma tak akan putus asa untuk mempunyai anak lagi. tak lupa menjadi pengguna setia produk tupperware dan menbiasakan diri dalam dunia ICT.amin moga semuanya terlaksana...

15.12.10

MUKA TAK MALU AMBIL KESEMPATAN

SALAM.....geramnye ma....pd2 orang2 yg mukanye x tahu malu...entahlah manusia itu mmg ada kelebihan dan kekurangan.....umur ma msh 2o an...kira pengalaman mmg x byk tp ma sll mengingatkan diri sendiri agar berfikir menggunakan akal bukan menggunakan mulut semata terutamanya perempuan sekarang...takut sgt bila ma teringat azab d sana nnti...slps spm ma dtg ke tnh semenanjung,keje, kwn2, joli sana sini,ma ttp berpegang kpd niat ma yg ma buat sblm dtg ke sini...hidup berdikari w/pun saudara-mara jauh,jgn menyusahkan org lain,hormati org yg lebih tua, jaga maruah. Alhamdulillah....semuanya ok je,klu ada tersasar pun perkara biasa yg boleh d selesaikan.
Ma sll set kan diri ma utk merancang perkara yg ma nak lakukan terutamanya skrg yg dah 7 thn bergelar isteri dan ibu dlm menguruskan rumah tangga.mengutip pengalaman dgn melihat saudara mara dan rakan rakan terdekat.kebanyakkannya tunggang langgang, serabai, x teratur, menyusahkan suami dan mcm2 lg lah...apa yg terjadi skrg ada jugak yg mengambil kesempatan atas diri ma. naik muak jugak. walaupun ma x sehebat mana pun tp meminta pertolongan dgn org  lain pun biarlah berpada-pada.ada batasan....
ahhhh.....nak curahkan semua pun ssh ma nak buat.... sudah ku bilang berkali kali......
ma pendekkan curahan, jikalau kita mahu meminta sst pertolongan biarlah berpada pada, lihat keadaan, jaga perasaan dan jgn menyusahkan....amin...