28.1.11

Dim sum dari Mohd Chan Abdullah Restaurant...

     Beberape minggu yang lalu kite orang sekuarge pi jalan-jalan cari makan.ala dekat-dekat sini je, malas le nak pi jauh-jauh, yang penting sekali mesti enak...yummm yummm..!.
    jadi kite orang singgah le kat restaurant Cina muslim ni kat area pekan Meru tu je...orderlah yang lain dari yang lain coz nak raselah la sedap ker tak..so kite orang order dim sum ni and + + +..
    siyesly...nak cakap sedap giler dim sum ni. 3 biji ni  Rm 3.80 je. jadi jiji kat sini nak share le ngan korang resepi nak buat dim sum macam ni. sebenarnye jiji tak tahu resepi nak buat dim sum ni,hi...hi... tp kalau jiji dah rase sendiri...PASTI....! kompom....   jiji leh buatnye...senang je coz sebelom ni jiji penah buat dim sum mushroom [reka-reka n tengok2 buku resepi].walau bahan2 dia simple dan senang nak buat...sedap tau...dan berkhasiat. jadi nak buat dim sum ni tak jadi masalahlah...ceh....[dah bekuarge mmg kena tahu tau..].
                                                  Chicken dim sum


Bahan2 yg diperlukan...[agak2 ye nk buat banyak mane]
       isi ayam yang dicincang gaul dengan sedikit salt and black pepper
       telo masin- ambik kuningnye je ye
       kulit wantan [carik je kat supermarket tu]
Cara nak bungkus...
ambik sekeping kulit wantan tadi, ditengah2nye letakkan dulu kuning telo masin tadi, pastu letakkan adunan isi ayam tadi dan bungkus serupa macam dalam pic tu le...nak kasi kulit wantan tu lekat antara satu same lain...gunakan sedikit air yang berfungsi sebagai gum.dah siap gentel2,bulat2...kukus le atau stim sampai masak kira2 dalam 30 min.hidang dengan chili sauce...wala......
          Di kesempatan ni jugak, jiji nak sharelah produk yang amat sesangat jiji minati ni dari Tupperware Brands iaitu Steam It ni yang mmg sangat fleksibel digunakan. macam kiteorang, 3 beranak je kat ghumah ni, jadi kalau nak stim ape2 biasenye jiji guna benda ni je, senang dan tak de besau sangat cukup untuk kite orang sekuarge.

Pemilihan warna tudung...

Pemilihan warna tudung tidak boleh diabaikan kerana warna juga adalah faktor yang mempengaruhi "mood" dan penampilan seseorang itu. padanan warna pakaian dan tudung perlu di imbangi agar ia tidak kelihatan janggal. jom...lihat paduan warna yang sesuai mengikut warna kulit kamu...

PEMILIHAN WARNA IKUT TON KULIT
Perkara asas yang perlu kamu tahu dalam pemilihan pakaian ialah memilih warna yang sesuai dengan kulit.sekiranya kamu berkulit cerah pasti mudah memilih warna pakaian yang sesuai, tetapi adakah semua warna sesuai? bagaimana meraka yang berkulit gelap? mari kita semak warna yang sesuai untuk kamu...

Kulit cerah
Jika kamu berkulit putih, jangan sesekali mengenakan warna pastel seperti coklat muda, biru muda, atau merah jambu kerana ia akan membuatkan kamu kelihatan 'sakit'. untuk itu, pilihlah warna terang yang dapat menyerlahkan wajah kamu.

Kuning langsat
Pilihan warna tropika adalah paling bijak. seperti jingga, hijau, merah jambu, kuning dan biru merupakan pilihan yang baik. seperti mereka yang berkulit putih, warna kedam perlu dielakkan bagi mengelakkan kamu kelihatan kusam dan tak bermaya.

Sawo matang
Pilihlah warna ungu, oren atau merah hati agar kamu kelihatan lebih menarik. elakkan menggunakan warna gelap seperti kelabu kerana ia akan membuat kamu kedam.

Kulit gelap
Elak memilih warna coklat gelap, hitam, merah gelap dan hijau. untuk yang berkulit agak coklat panduan warna terang dan gelap mampu menyerlahkan kulit secara keseluruhan.antara warna yang disarankan termasuklah hitam, putih, merah jambu dan biru laut.

           PERSONALITI DIRI PERLU DIAMBIL KIRA !!!
Selain memikirkan kesesuaian warna tudung dengan warna kulit kamu, terdapat beberapa perkara yang perlu di fikirkan jua. kamu perlu mengetahui waktu dan tempat yang ingin dituju. selalunya warna gelap sering digunakan untuk acara-acara formal dan pada masa inilah kamu harus memilih warna gelap, manakala warna cerah untuk acara-acara informal yang sesuai dengan warna kulit kamu. untuk mengukur ton kulit kamu, lihat warna kulit kamu di leher kamu atau lebih mudah tanya pendapat rakan-rakan.
Kamu perlu menyesuaikan warna dengan karekter kamu. kalau kamu ingin menyerlahkan sifat feminin, pakailah pakaian yang terdiri daripada warna pastel. sebaliknya, jika ingin menarik perhatian orang ramai, pilih pakaian yang berwarna terang dan garang tetapi kamu harus ingat bukan semua warna sesuai dengan warna kulit kamu sehingga menyebabkan kamu kelihatan janggal.

             Berikut tip yang perlu kamu fikirkan juga untuk padanan tudung dengan penampilan kamu......
1.  Adunan warna mestilah dipandang sepadan antara warna tudung, kerongsang dan baju agar sedap mata memandang dan ia memberikan keyakinan kepada si pemakai.

2.  Pilihlah warna tudung berpandukan warna bunga ataupun warna tanah kain baju.

3.  Jika memakai baju tidak bercorak, jangan suka menggunakan warna tudung yang sama warna dengan baju supaya tidak kelihatan sama dari atas ke bawah. carilah tudung yang mempunyai corak dan berwarna-warni tetapi jangan terlalu kontra dengan warna pakaian.

4.  Jangan pula memilih warna tudung dengan mengambil kira kombinasi penampilan kamu tidak lebih daripada 4 warna pada suatu masa kerana kamu akan kelihatan seperti pelangi bergerak. maksimum warna yang dibenarkan adalah 3 warna sahaja.

17.1.11

hebatnya...KISMIS

  • Otak kita memerlukan gula ringkas dalam kuantiti yang banyak untuk berfungsi dengan baik.Jadi,kismis adalah kudapan yang dapat menyediakan keperluan gula ringkas dalam kuantiti yang banyak dan cepat.
  • "tak ingat"? kismis dapat membantu dalam meningkatkan daya pemikiran, menajamkan memori, dan menguatkan daya ingatan.
  • Boleh menurunkan kolesterol dalam darah sebanyak 8 %.
  • Iman Zuhdi berkata," Sesiapa yang ingin menguatkan daya ingatan hendaklah ia kerap memakan anggur kering."
  • Menurut ahli perubatan Islam,untuk meningkatkan kekuatan akal,makanlah kismis sebanyak 21 biji sehari.
  • Imam Ali a.s bersabda ,"kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa.
  • Nabi Muhammad SAW bersabda:  "biasalah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan [hempedu/cairan kuning],menghilangkan lendir,menyihatkan badan,mengelokkan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih."

12.1.11

Gardenia : kegemaran warga Kuching...

Salam....nak crite la sikit kisah lucu yang sebelum ni aku anggap biasa2 je...tp rupa-rupanye luar biasa lucu.Aku ni asalnye owg Kuching Sarawak, tp dh menetap d area selangor sejak semenjak ni la...so sll lah saudara mara ku dtg jln2 hirup angin d tanah semenanjung ni.
Pastinye klu owg Kuching dtg akan bawa ikan terubuk masin dan kek lapis sarawak,itu makanan wajib yg akan d bawa.ada gak brg2 sampingan yg lain.
Yang pelik nye bila tiba nk balik Kuching je...berkarung-karung roti gardenia ni d beli...aku pun tertanye-tanye...!!macam2 perisa lak tu.tiba d airport lak, beli lg?.klu aku balik kuching lak, diaowg lak pasti akan pesan suruh aku beli roti ni. aik...!
Aku pon beli je la...tp tak tanye lak, nape nk beli kat sini? tak beli kat sana je, lg senang tak lalu belon [kapal terbang,belon longat kuching]. Aku pon pikir, agaknye kat sini hrganye lg murah kot,berbanding d sane?
Rupa-rupanye.....brand gardenia ni tak de lg d bumi Sarawak.Dia owg suka roti ni coz dia lembut, macam2 perisa ada, lak tu sedap kalau makan cam tu je.tu yg buat dia owg indu nk makan roti ni.sesampai tak kan melepaskan peluang utk mendapatkannye dengan pe cara sekali pon..
KESIMPULANNYA...aku ni pon dok pasang angan-angan minah jenin aku ni,  cari jln macam ney nk bukak francais Gardenia d bumi Sarawak terutamanye d bandar Kuching.mudah-mudahan ye....

10.1.11

hadis riwayat at-thabrani dan al-hakim

"Sayangilah siapa sahaja yang ada di muka bumi ini,
nescaya kalian disayangi siapa sahaja yang ada di langit sana..."

3.1.11

PuiSI luCU TaHUn bArU uNTuK PaPa...

cINtaKu PAdaMU...
sESucI SaBUn fAB buKU.
KeBERsihANnyA aSLi Dan HArumAnNYa seGAR
SEseGAR IkaN YanG BAru
keLUAr daRI aisBOx
PERcayaLAH.....
SELAgi mESin baSUH ruMaHKU
TaK paNDai BERkaTA-KatA
SElagi ItULah
CInta ku PAdaMU....
tAK perCAYa?
TANyALah KAunTER perTAnyAn
perPUstAKAan neGEri

PAsti....!
BIru seBElah maTAMu
iTULah....tanDA KEBEnaran
KAmU sAYang PadA Ku......