6.3.11

Petua & Pantang amalan ku....

Setiap kali bangun tidur di waktu pagi, akan minum segelas air suam berserta selawat tanpa berus gigi terlebih dahulu.banyak kelebihan yang terdapat di dalam air liur kita {walaupun kedengaran amat jijik}.pastu baru wuduk dan solat subuh.

Setiap 3 kali seminggu, aku akan buat sendiri masker muka, bahan-bahan yang aku gunakan selalunya ada terdapat di dapur iaitu putih telur dan madu {sebatikan kedua-duanya dan sapu kat muka,biar beberapa minit baru bersihkan}.

Untuk menghilangkan daki kat badan, aku selalu gunakan petua dari emak aku ni {dari dulu lagi aku ingat pesan dia} sapukan seluruh badan dengan sabun {ape-ape sabun pon boleh} biarkan beberapa minit, baru gosok dengan towel gud morning {ape-ape towel pon boleh tp aku guna towel tu lg berkesan}.

Sejak dah kahwin dan mempunyai anak berumur 7 tahun,  dalam seminggu, 2 kali aku akan buat air sirih dan susu halia, tentulah untuk memanaskan badan dan membuang angin.

Air berkarbonat memang langsung aku tak jamah, takut...kalau teringin pon aku akan rasa kat hujung lidah jer sama gak kat suami aku. Air yang berais memang aku elakkan, tapi kalau aku teringin sangat kantoi gak tp sentiasa beringat, benda-benda macam ni memang tak elok untuk kesihatan.

Jangan berdiri ketika makan atau minum, tak baik untuk sendi.

Petua lagi dari emak tersayang...{rindu ni} bila baju dah kering di ampaian, angkatlah...jangan tunggu petang baru nak angkat, tak elok di biarkan macam jemur ikan kering...katanya untuk mengekalkan kebahagian rumahtangga dan kemesraan kat suami dan anak kita. {betul tau, kami anak-beranak sentiasa mesra}.

Sentiasa sibukkan diri dengan melakukan kerja rumah {aku ni pantang tengok rumah bersepah dan kotor} kerana itu adalah senaman untuk aku. senaman kat luar ruamh lak, biasa aku akan mengayuh basikal pada waktu petang {itu pun ikut mood kalau rajin}.

Kami sekeluarga akan rindu jika kurang minum air kosong, depan laptop, depan tv dalam bilik tidur memang sentiasa ada air kosong. kalau keluar pon, 2-3 botol akan tersedia air dalam kereta [air lain tak pandang pon].

***sebenarnya banyak lagi petua dan amalan yang  aku nak kongsi ngan kau org tapi yang paling berkat setiap pagi ialah...aku akan SALAM, CIUM dam PELUK suami tersayang sebelum dia melangkah keluar bekerja...itulah amalan MUJARAB segala petua dan pantang yang selama ini aku amalkan, selamat mencuba....! 

4.3.11

DALAM AL-QURAN TERDAPAT....

  1. perkataan laki-laki sebanyak 24 dan perempuan sebanyak 24
  2. perkataan dunia sebanyak 115 dan akhirat sebanyak 115
  3. perkataan malaikat sebanyak 88 dan syaitan sebanyak 88
  4. perkataan hidup 145 dan mati sebanyak145
  5. perkataan laut sebanyak 32 dan daratan 13. dimana 32+13=45.   luas lautan 32/45x100%=71,11%   dari permukaan bumi dan luas daratan 13/45x100%=28,89% dari permukaan bumi.  Dan ini terbukti.