28.12.11

"DUNIA__sekadar "taman permainan"....

Allah swt ada menyebut didalam al-quran, dunia ini cuma "taman permainan" yang penuh dengan hiburan dan gurauan yang melalaikan [surah al-an`am ayat 32].

Allah mewujudkan dunia ini sebagai tempat menguji iman kita.

Disebabkan ia adalah tempat ujian, maka ia adalah sementara.



Apa yang penting ialah keputusan selepas ujian iaitu tempat abadi kita AKHIRAT......

26.12.11

Walaupun LIDAH kecil tapi.......

LIDAH bentuknya KECIL tapi AKIBATNYA besar sangat-sangat. Terdiri daripada 5 huruf sahaja tetapi MELAHIRKAN BERIBU-RIBU PERASAAN dan AKIBAT yang tak mampu di eja.


Nangis, kecewa, putus saudara, cerai-berai, perang, ......ke syuga pun lidah, ke neraka pun lidah.


KAWAL dan JAGA lidah. Diam lebih baik. KURANG bercakap BANYAKKAN bertindak ke arah kebaikkan.



ISTIGHFARlah......

Dosa itu adalah penyakit dan ubatnya adalah istighfar.

Oleh itu, bagi mengelakkan hati daripada lalai, seseorang itu hendaklah sentiasa membanyakkan istighfarnya.

Ini kerana, kita tidak mengetahui bilakah masanya keampunan daripada Allah akan berlaku....

amin..