15.10.11

Baja Organik- percubaan pertama menghasilkannya....

salam semua....
hari ni 15 oct, saturday-petang-tergerak hari nak update blog yang hampir-hampir bersawang ni.
uhhh....lame nyer tak update blog. bukan ape,macam-macam perkara yang berlaku dari pertengahan tahun sampai la ni.

pindah rumah,pindah tempat keje,pindah sekolah,adik kawen,renovate umah,puasa di bulan ramadhan, raye di bulan syawal dan memenuhi temujanji dengan hospital serdang,haahaa...[rahsia tau sakit ape].


hari ni tergerak hati nak coret-coret  sikit kesahnye...hari ni pon aktivit penuh jer. pepagi sediakan breakfast untuk papa pegi keje, pastu pegi sekolah ngan anak tunjuk muke sikit hadiri karnival [tah ape-ape karnival] kurang mendapat sambutan aku tengok,pegi jap jer dalam 10 min pastu bla...boring...


lepas pegi sekolah, anak aku ajak pi tesco,beli la barang-barang sikit...pi kedai buku jugak,dan singgah makan Chocolate Chip Walnut cake kat Secret Recepies...


pas kuar dari tesco, pegi market Cowboy. jalan-jalan cuci mata,tapi ada je benda yang di beli. macam-macam,bila dah penat baru jalan balik umah.


sampai umah terus aku on mesin basuh. basuh baju-banyak gak 2-3 hari nye termasuk baju sekolah.cuci kasut sekolah 2 pasang. siap mencuci aku terus isi perut...lapo gilo...aku anak beranak makan roti john [barang mmg dah ada] masak je..kenyang alhamdulillah....


sekarang baru nak mengadap bendo alah ni...


al-kisahnya....,


kat rumah,terutamanya belakang rumah aku ni,aku suka gak bercucuk tanam walaupun tak de tanah cuma tanam dalam pasu je,menjadi gak tanaman aku ni,ada la sikit-sikit tanam daun kari,daun limau purut,daun kunyit,daun kesom, ala janji lepas untuk makan sendiri-tak perlu beli atau mintak kat orang lain. time nak pakai je petik kat belakang umah. Senang...


dipendekkan cerita...macam-macam ulat ada makan dedaun tanaman aku ni...hangin satu badan.aku cari le resepi nak buat baja organik ni, jumpe jugak dan aku try buat...alhamdulillah berjaya jugak...boleh tahan jugak keberkesanannye aku tengok,dah seminggu ni aku spray kat pokok tu, ada kurang la ulat-ulat tu nak hinggap balik.yang paling penting kena diamalkan selalu, baru success...haaahaaa

jadi ceritanye, aku nak share la cara nak buat baja organik ni.mane la tahu korang nak try lak kat tanaman korang tu....selamat mencuba...


bahan-bahan yang diperlukan  :   1 liter air,2 sudu minyak masak, 6 ulas bawang putih[kisar halus],2 sudu serbuk pencuci[ape-ape brand pon boleh] dan sprayer [aku tak tahu ape nak panggil bendo alah tu,aku panggil sprayer je,kalau salah tolong betulkan,kalau betul,betul la tu. hi...hi...]


sebatikan semua bahan-bahan basah dan masuk ke dalam sprayer....


taaaa.....raaaaa...!!!!.....dah siap pon...boleh terus spray kat pokok-pokok yang bermasalah tu 3 kali sehari [jangan lebih,jangan kurang  haaahaahaa].

boleh terus spray kat pokok kunyit,pokok kari,pokok limau purut dsb nye....

sedapnye buah mangga ni tau...depan umah aku ada pokok mangga, suami tersayang yang tanam 8 tahun dulu.alhamdulillah sekarang dah ramai boleh merasa buahnye, [sekadar selingan]




Sihat Semulajadi

PENTINGNYA FLOS GIGI
menggosok gigi penting untuk kebersihan,flos gigi perlu untuk kesihatan.walau bagaimanapun,masalh kaviti menyebabkan parasit,bakteria,yis dan fungus berkumpul pada gigi akan terus masuk ke badan anda.hanya flos  sahaja cara terbaik untuk menyingkirkan masalh kaviti ini.


CIUMAN PASANGAN.....
kajian yang di jalankan oleh syarikat insuran mendapati pasangan yang menerima ciuman dari pasangannya [yang berkahwin sahaja] sebelum keluar bekerja akan lebih bersemangat,positif dan terhindar daripada risiko kemalangan jalan raya. ini berpunca dari aura sayang dan prihatin yang di salurkan menerusi ciuman itu.


<><> <><> <><>
BERHENTI SEBELUM KENYANG
tip dari masyarakat jepun di kepulauan okinawa ialah mereka berhenti makan sehingga perut mereka merasa penuh sehingga 80%. maksudnya mereka akan berhenti makan sebelum perut mereka kenyang.ini bukan saja membantu mengurangkan kalori bahkan mengelakkan tekanan pada paru-paru dan buah pinggang.

KEHEBATAN AIR TAK BOLEH DISANGKAL LAGI
mengekalkan kesihatan semulajadi ialah dengan memastikan bekalan air di dalam tubuh sentiasa mencukupi.air menggantikan cecair yang hilang semasa proses melincirkan anggota dalaman tubuh.ia turut mengelakkan anda dehidrasi,mengurangkan rasa lapar,membantu mengurangkan berat badan dan menjadikan kulit lebih lembut dan sihat.

BADAM RENDAHKAN RISIKO SAKIT JANTUNG
mengandungi kandungan protein yang sama banyak seperti daging merah.badam turut mengurangkan serangan jantung sehingga 50%. jika anda perlukan sesuatu yang ranggup dalm masa yang sama menyihatkan,segenggam badam adalah jawapannya.