15.10.11

Sihat Semulajadi

PENTINGNYA FLOS GIGI
menggosok gigi penting untuk kebersihan,flos gigi perlu untuk kesihatan.walau bagaimanapun,masalh kaviti menyebabkan parasit,bakteria,yis dan fungus berkumpul pada gigi akan terus masuk ke badan anda.hanya flos  sahaja cara terbaik untuk menyingkirkan masalh kaviti ini.


CIUMAN PASANGAN.....
kajian yang di jalankan oleh syarikat insuran mendapati pasangan yang menerima ciuman dari pasangannya [yang berkahwin sahaja] sebelum keluar bekerja akan lebih bersemangat,positif dan terhindar daripada risiko kemalangan jalan raya. ini berpunca dari aura sayang dan prihatin yang di salurkan menerusi ciuman itu.


<><> <><> <><>
BERHENTI SEBELUM KENYANG
tip dari masyarakat jepun di kepulauan okinawa ialah mereka berhenti makan sehingga perut mereka merasa penuh sehingga 80%. maksudnya mereka akan berhenti makan sebelum perut mereka kenyang.ini bukan saja membantu mengurangkan kalori bahkan mengelakkan tekanan pada paru-paru dan buah pinggang.

KEHEBATAN AIR TAK BOLEH DISANGKAL LAGI
mengekalkan kesihatan semulajadi ialah dengan memastikan bekalan air di dalam tubuh sentiasa mencukupi.air menggantikan cecair yang hilang semasa proses melincirkan anggota dalaman tubuh.ia turut mengelakkan anda dehidrasi,mengurangkan rasa lapar,membantu mengurangkan berat badan dan menjadikan kulit lebih lembut dan sihat.

BADAM RENDAHKAN RISIKO SAKIT JANTUNG
mengandungi kandungan protein yang sama banyak seperti daging merah.badam turut mengurangkan serangan jantung sehingga 50%. jika anda perlukan sesuatu yang ranggup dalm masa yang sama menyihatkan,segenggam badam adalah jawapannya.

No comments:

Post a Comment