24.2.11

Awas ! Tabiat yang CACATkan Penampilan Mu.....

Perkara tanpa kita sedari,tetapi dengan melakukan perkara ini kita di lihat tidak pandai menjaga penampilan diri.Setiap perkara yang disenaraikan di bawah.mungkin kamu tidak menyedari kesannya...jadi pastikan penampilan kamu lebih menawan setiap masa....mulakan...
*TERLEBIH SEMBURAN WANGIAN. selalu terburu-buru, terlalu  banyaklah menyembur wangian,ini akan membuatkan orang sekeliling pening kepala. 80 peratus eau de toilette hilang 4 jam selepas disembur. Kita boleh mengulangi semburan 4 kali bg memastikan haruman kekal lama. Jangan menyembur pada seluruh badan,pastikan kita tahu bahagian badan yang sesuai untuk di calit wangian. Antaranya pergelangan tangan dan leher.
*MALAS CUCI MUKA. Lebih-lebih lagi sebelum masuk tidur. Tahukah kamu? Tindakan kamu ini akan menjadikan wajah kamu mengeluarkan jerawat. Bersihkan wajah dari make-up sebelum tidur dengan pencuci yang mengandungi pelembap. Gunakan juga pembersih, dan pelembap khusus untuk malam hari. Ia dapat merawat kulit kita saat kita sedang tidur.
*CUCI WAJAH GUNA SABUN. Biar pun kulit terasa bersih, namun ia sebenarnya menghilangkan lembapan semulajadi pada kulit. Sabun tidak sesuai, gunakan pembersih yang dirumus khas untuk melindungi kelembapan.
*PICIT JERAWAT. Memicit jerawat meransang pertumbuhannya di kawasan yang sama. Ia merebakkan bakteria lebih jauh ke dalam kulit. Jari kita adakalanya kotor, jangan pula gunakan alat tajam kerana boleh melukakan kulit dan meninggalkan parut. Kita boleh menyamarkan jerawat dengan penggunaan concealer.
*MATA SEMBAB. Sering berjaga malam dan kerja lebih masa antara sebabnya. Cara mudah, boleh menggunakan sebungkus kacang pis beku yang akan mengecutkan saluran darah yang bengkak. Bungkusan ini akan melentur mengikut bentuk wajah apabila dilekapkan pada mata.
*LUPA PENJAGAAN RAMBUT. Walaupun bertudung, kita nampak cantik tapi sebaliknya, kita membiarkan rambut berbau dan berkelemumur. Jika berkelemumur, cari produk penjagaan rambut yang sesuai. Jangan terlalu kerap menggunakan pengering rambut. Lurutkan dahulu rambut dengan krim pelindung alat dandanan panas.
*SUKA GIGIT KUKU. Selain memberikan pandangan yang tidak manis sebagai gadis bertudung, kuku juga memberi kesan yang tidak baik dari segi kesihatan. Mungkin kuku yang kamu gigit itu mengandungi kuman.


***wahai saudari sekalian...jangan abaikan hal yang remeh ini..pasti tak best kan...!

No comments:

Post a Comment