24.2.11

Awas ! Tabiat yang CACATkan Penampilan Mu.....

Perkara tanpa kita sedari,tetapi dengan melakukan perkara ini kita di lihat tidak pandai menjaga penampilan diri.Setiap perkara yang disenaraikan di bawah.mungkin kamu tidak menyedari kesannya...jadi pastikan penampilan kamu lebih menawan setiap masa....mulakan...
*TERLEBIH SEMBURAN WANGIAN. selalu terburu-buru, terlalu  banyaklah menyembur wangian,ini akan membuatkan orang sekeliling pening kepala. 80 peratus eau de toilette hilang 4 jam selepas disembur. Kita boleh mengulangi semburan 4 kali bg memastikan haruman kekal lama. Jangan menyembur pada seluruh badan,pastikan kita tahu bahagian badan yang sesuai untuk di calit wangian. Antaranya pergelangan tangan dan leher.
*MALAS CUCI MUKA. Lebih-lebih lagi sebelum masuk tidur. Tahukah kamu? Tindakan kamu ini akan menjadikan wajah kamu mengeluarkan jerawat. Bersihkan wajah dari make-up sebelum tidur dengan pencuci yang mengandungi pelembap. Gunakan juga pembersih, dan pelembap khusus untuk malam hari. Ia dapat merawat kulit kita saat kita sedang tidur.
*CUCI WAJAH GUNA SABUN. Biar pun kulit terasa bersih, namun ia sebenarnya menghilangkan lembapan semulajadi pada kulit. Sabun tidak sesuai, gunakan pembersih yang dirumus khas untuk melindungi kelembapan.
*PICIT JERAWAT. Memicit jerawat meransang pertumbuhannya di kawasan yang sama. Ia merebakkan bakteria lebih jauh ke dalam kulit. Jari kita adakalanya kotor, jangan pula gunakan alat tajam kerana boleh melukakan kulit dan meninggalkan parut. Kita boleh menyamarkan jerawat dengan penggunaan concealer.
*MATA SEMBAB. Sering berjaga malam dan kerja lebih masa antara sebabnya. Cara mudah, boleh menggunakan sebungkus kacang pis beku yang akan mengecutkan saluran darah yang bengkak. Bungkusan ini akan melentur mengikut bentuk wajah apabila dilekapkan pada mata.
*LUPA PENJAGAAN RAMBUT. Walaupun bertudung, kita nampak cantik tapi sebaliknya, kita membiarkan rambut berbau dan berkelemumur. Jika berkelemumur, cari produk penjagaan rambut yang sesuai. Jangan terlalu kerap menggunakan pengering rambut. Lurutkan dahulu rambut dengan krim pelindung alat dandanan panas.
*SUKA GIGIT KUKU. Selain memberikan pandangan yang tidak manis sebagai gadis bertudung, kuku juga memberi kesan yang tidak baik dari segi kesihatan. Mungkin kuku yang kamu gigit itu mengandungi kuman.


***wahai saudari sekalian...jangan abaikan hal yang remeh ini..pasti tak best kan...!

18.2.11

Kerja rumah bantu tubuh lebih menawan....!

Sejam melakukan kerja rumah,ia boleh membakar kalori antara 200-1000 kilojoule {KJ}.
justeru, tidak sesukar mana rancang aktivi hujung minggu  di samping mengeratkan hubungan sesama keluarga.
1. Menyapu Sampah kuatkan otot lengan.walaupon kelihatan mudah.tetapi perli ada teknik yang betul.tidak boleh terlalu bongkok,kerana memberi kesan pada tulang belakang.selain itu,mampu membentuk kepadatan tulang dan ini mengurangkan risiko osteoporosis.peredaran darah dapat berjalan dengan lancar di samping menguatkan otot lengan.tidak hairanlah 'memegang penyapu' mampu membakar sebanyak 240 kalori pada bahagian lengan.dapat meransang pelepasan beta-endorfin sejenis hormon yang mencetuskan rasa bahagia dan tenang.
2.Mengemop Lantai.mampu mempercepatkan {memproses} makanan yang di makan.menyihatkan jantung dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular {berkaitan jantung} dengan merendahkan paras kolesterol.membantu mengawal tekanan darah,mencegah penyakit darah tinggi,mengurangkan risiko penyakit kancer usus dan payu dara.
3.Mengelap Tingkap.gerakan yang bertenaga dapat meningkatkan refleks,koordinasi otak dan ketahanan tubuh. berupaya membentuk badan yang ideal apatah lagi gerakan tangan selari dengan bahagian pinggul dan otot paha.aktiviti ini mampu membakar 300 kalori untuk setiap jam atau bersamaan dengan berjalan kaki dan berlari.
4.Mengangkat Barang.gerakannya tidak seaktif memegang penyapu, tapi manfaatnya besar bagi yang ingin mengurangkan lemak pada bahagian punggung,perut,dan paha, senaman ini sangat sesuai.menggunakan tenaga secara tidak langsung ia sebenarnya memberi tumpuan pada bahagian perut,punggung dan paha.mengangkat perabot kecil umpama memegang 'dumbell' yang mana fungsinya adalah sama iaitu memberi penekanan,menguatkan tulang dan mengencangkan otot paha belakang,punggung,perut dan pinggul.
5.Berjalan Kaki.meningkatkan keupayaan badan bagi tujuan memproses gula dengan lebih baik dan membantu aliran darah.bergerak dari satu kerja rumah ke satu kerja rumah yang lain [berjalan antara 3-7 min} mampu memberi perlindungan kepada beberapa penyakit berkait rapat dengan pemakanan.paling penting berjalan,postur badan perlu di jaga iaitu menegakan kepala dan meluruskan tulang belakang badan.bernafas seperti biasa.kawal pernafasan jika tercungap-cungap,kurangkan kelajuan atau berhenti seketika.
PENTING UNTUK DI KETAHUI...
*pastikan postur badan dalam keadaan yang betul.
*minum air sebelum dan selepas melakukan kerja rumah.
*tambah tenaga dengan menambah karbohidrat beberapa jam sebelum melakukan kerja rumah.pisang atau sandwich pilihan yang baik.
*jangan terus mandi selepas melakukan kerja rumah.
*pakai pakaian yang sesuai.
*berhenti sebentar jika terlalu penat.
*memanaskan badan dan lakukan sedikit senaman ringan.
*lakukan kerja rumah sekurang-kurangnya 1 jam setiap minggu [hujung minggu].
Jangan tak percaya dengan melakukan kerja rumah dapat mengurangkan berat badan.bukan itu saja,dapat membentuk otot-otot supaya kelihatan tegap dan menarik.kadar metabolisma badan turut meningkat.



p/s  jadi....sebelum pegi shopping atau jenjalan di hujung minggu...lakukan kerja rumah dulu untuk 1 jam dah memadai.kira 'housekeeping' ler...badan sihat, sedap mata memandang...!

11.2.11

Korean drama:- Full House


Siri cerita Full House, drama dari Korea memang memabukkan aku 3-4 minggu ni.Sehingga tertunggu-tunggu di depan tv setiap hari jam 12 pm di NTV 7. Entah le...dah episod ke berape ye? Dulu aku tak de la fanatik sangat, tapi dah boring duduk sorang kat gumah time anak pegi sekolah, aku layan jer...best jugak rupenye. Yang menariknye hero dan heroinnye mestilah cute, ditambah lak jalan ceritanye yang santai,ada  unsur nakal2 dan romantik semestinye. Jadi bile time boring jer aku tengok2 le gambar2 cite ni kat google buat pengubat rindu untuk episod seterusnye. Memang buat aku tertunggu-tunggu le,tak jemu ni wey....
 Heronye Bi Rain.....heroinnye Song Hye Kyo.....

8.2.11

SUNAT...dikejutkan, apabila.....

  • seorang yg tdo di masjid dan waktu solat tiba.berdasarkan hadis Abu Bakrah r.a berkata, 'aku keluar bersama Nabi s.a.w utk menunaikan solat subuh.beliau tidak lalu pd mana2 lelaki melainkan akan menyerunya utk solat atau menggeraknya utk solat dengan kakinya.'{hadis riwayat Abu Daud}.
  • org yg tdo di hadapan org yg solat krn mengganggu org yg solat.
  • tdo di atas permukaan bangunan tanpa penghadang.Rasullallah s.a.w bersabda,'sesiapa yg tidur di atas permukaan bangunan tanpa penghadang{dr jatuh bangunan},sesungguhnya tlh tlps dr tanggungjawab mana2 pihak{sekiranya jatuh}.{hadis riwayat Abu Daud}.
  • tdo dlm keadaan separuh badan terkena cahaya matahari dan setengah lg tidak kena.Nabi s.a.w bersabda,'apabila salah seorang kamu berada di bawah pancaran matahari,kemudian matahari naik dan sebahagian tubuh mu terkena pancaran matahari dan sebahagian yg lain tidak kena,hendaklah dia beredar.'{hadis riwayat Abu Daud}.
  • tdo sebelum isyak krn makruh tido waktu itu.ini di sebut dlm hadis yg panjang, riwayat dr Abi Bakrah r.a di mana berkata,'baginda tidak suka tidur sebelum solat isyak dan sembang-sembang slpsnya.'{hadis riwayat Bukhari}.
  • seseorg yg tdo menirap.baginda melihat seorg lelaki menirap.lalu baginda bersabda,'sesungguhnya ini adalah cari baring yang di murkai oleh Allah dan Rasulnya.'{hadis riwayat Tarmizi dan Ahmad}.
  • mengejutkan org yg tdo utk bangun qiamullail.Nabi s.a.w bersabda,'Allah merahmati org yg bangun mlm,menunaikan solat dan mengejutkan isterinya.sekira isterinya enggan,dia akan merenjiskan air pd muka isterinya.Allah merahmati wanita yg bangun malam,menunaikan solat dan mengejutkan suaminya.sekira suaminya enggan,dia akn merenjiskan air ke muka suaminya.'{hadis riwayat Abu Daud}.mengejutkan org yg tdo utk bangun sahur. Nabi s.a.w bersabda,'sesungguhnya bilal akan mengumandangkan azan pd waktu mlm{sebelum subuh},maka makanlah dan minumlah sehingga Ibnu Maktum mengumandangkan azan subuh.'{hadis riwayat Muslim}.

4.2.11

MeRaHnYe....mAk nGaH....!

Selingan hari ini.. ~ "nape aku suke tengok warna merah ye"? tengok jew taw..







Tambah kapsyen

lokasi :- Genting Highlands 30/01/2011 { cuaca hujan sepanjang hari }