23.12.10

DATANG DAN PERGI....

  • SALAM sepetang...beberapa hari lagi kita akan melangkah ke 2011. dikenang kembali pelbagai perkara pahit dan manis, pahitnya di awal Januari 2010 ma keguguran dan manisnya ma dapat menulis dalam blog mama ni sehingga ma kekeringan idea, baru sekarang ma mencoretkan sesuatu.
  • Disember ma gembira dapat membuat mini reunion dalam facebook dengan kengkawan sekolah dulu.walaupun hanya menengok pic aje...kadang kala tersenyum kambing sorang2 depan laptop mengenangkan zaman nakal dulu.NAUGHTY....betul.
  • Selesai sudah ma menguruskan kelengkapan persekolahan Aim. my son yang naughty...ma baru sorang,bayangkan ibubapa yang menanggung 2-3 orang anak yang bersekolah,bocor gak poket ye...yang penting doakan agar anak2 kita panjang akal.
  • Banyak perkara yang ma rencanakan melangkah ke 2011. antaranya memantapkan ibadat seharian,nak ganti puasa cepat2, tak sewenangnye mendedahkan aurat dan banyakkan membaca buku2 ilmiah mcm tahun ni.dalam kamus hidup ma tak akan putus asa untuk mempunyai anak lagi. tak lupa menjadi pengguna setia produk tupperware dan menbiasakan diri dalam dunia ICT.amin moga semuanya terlaksana...

No comments:

Post a Comment