28.1.11

Pemilihan warna tudung...

Pemilihan warna tudung tidak boleh diabaikan kerana warna juga adalah faktor yang mempengaruhi "mood" dan penampilan seseorang itu. padanan warna pakaian dan tudung perlu di imbangi agar ia tidak kelihatan janggal. jom...lihat paduan warna yang sesuai mengikut warna kulit kamu...

PEMILIHAN WARNA IKUT TON KULIT
Perkara asas yang perlu kamu tahu dalam pemilihan pakaian ialah memilih warna yang sesuai dengan kulit.sekiranya kamu berkulit cerah pasti mudah memilih warna pakaian yang sesuai, tetapi adakah semua warna sesuai? bagaimana meraka yang berkulit gelap? mari kita semak warna yang sesuai untuk kamu...

Kulit cerah
Jika kamu berkulit putih, jangan sesekali mengenakan warna pastel seperti coklat muda, biru muda, atau merah jambu kerana ia akan membuatkan kamu kelihatan 'sakit'. untuk itu, pilihlah warna terang yang dapat menyerlahkan wajah kamu.

Kuning langsat
Pilihan warna tropika adalah paling bijak. seperti jingga, hijau, merah jambu, kuning dan biru merupakan pilihan yang baik. seperti mereka yang berkulit putih, warna kedam perlu dielakkan bagi mengelakkan kamu kelihatan kusam dan tak bermaya.

Sawo matang
Pilihlah warna ungu, oren atau merah hati agar kamu kelihatan lebih menarik. elakkan menggunakan warna gelap seperti kelabu kerana ia akan membuat kamu kedam.

Kulit gelap
Elak memilih warna coklat gelap, hitam, merah gelap dan hijau. untuk yang berkulit agak coklat panduan warna terang dan gelap mampu menyerlahkan kulit secara keseluruhan.antara warna yang disarankan termasuklah hitam, putih, merah jambu dan biru laut.

           PERSONALITI DIRI PERLU DIAMBIL KIRA !!!
Selain memikirkan kesesuaian warna tudung dengan warna kulit kamu, terdapat beberapa perkara yang perlu di fikirkan jua. kamu perlu mengetahui waktu dan tempat yang ingin dituju. selalunya warna gelap sering digunakan untuk acara-acara formal dan pada masa inilah kamu harus memilih warna gelap, manakala warna cerah untuk acara-acara informal yang sesuai dengan warna kulit kamu. untuk mengukur ton kulit kamu, lihat warna kulit kamu di leher kamu atau lebih mudah tanya pendapat rakan-rakan.
Kamu perlu menyesuaikan warna dengan karekter kamu. kalau kamu ingin menyerlahkan sifat feminin, pakailah pakaian yang terdiri daripada warna pastel. sebaliknya, jika ingin menarik perhatian orang ramai, pilih pakaian yang berwarna terang dan garang tetapi kamu harus ingat bukan semua warna sesuai dengan warna kulit kamu sehingga menyebabkan kamu kelihatan janggal.

             Berikut tip yang perlu kamu fikirkan juga untuk padanan tudung dengan penampilan kamu......
1.  Adunan warna mestilah dipandang sepadan antara warna tudung, kerongsang dan baju agar sedap mata memandang dan ia memberikan keyakinan kepada si pemakai.

2.  Pilihlah warna tudung berpandukan warna bunga ataupun warna tanah kain baju.

3.  Jika memakai baju tidak bercorak, jangan suka menggunakan warna tudung yang sama warna dengan baju supaya tidak kelihatan sama dari atas ke bawah. carilah tudung yang mempunyai corak dan berwarna-warni tetapi jangan terlalu kontra dengan warna pakaian.

4.  Jangan pula memilih warna tudung dengan mengambil kira kombinasi penampilan kamu tidak lebih daripada 4 warna pada suatu masa kerana kamu akan kelihatan seperti pelangi bergerak. maksimum warna yang dibenarkan adalah 3 warna sahaja.

3 comments:

  1. selalu sy pkai tudong hitam puteh je.

    =(

    ReplyDelete
  2. salam..

    tips yang sangat berguna....untuk bakal isteri saya...hehe

    tq singgah my blog...**saya folo ur blog.

    ReplyDelete
  3. nice entry... lpas ni bole la lebey berati-ati nak pakai tudung :D

    ReplyDelete